![](https://static.wixstatic.com/media/4449e2_1333653e5c1948a7b45854a388c81203~mv2.jpg/v1/fill/w_570,h_460,al_c,q_80,enc_avif,quality_auto/4449e2_1333653e5c1948a7b45854a388c81203~mv2.jpg)
ADUN Batu Uban, A Kumaresan baru baru ini menyatakan komitmen untuk membantu beberapa NGO dalam melaksanakan program kemasyarakatan.
Hal itu diutarakan beliau sewaktu lawatan perwakilan beberapa NGO di pejabat beliau.
"Hari ini saya telah menerima kunjungan daripada beberapa NGO yang aktif dalam program kemasyarakatan di Pulau Pinang.
"Kunjungan ini diketuai oleh En MK Paul bersama pasukan beliau.
"Saya gembira melihat NGO ini bekerjasama bagi bersama-sama merancang program komuniti. Saya juga telah memberikan komitmen untuk bantu dalam program yang akan dijalankan di Kadun Batu Uban," katanya.
Antara NGO yang mengadakan lawatan ke pejabat KADUN Batu Uban ialah Lifestyle Development Organization; Lifestyle Development Cooperative Penang Berhad; Lifestyle Football Club; Persatuan Kebajikan Pembangunan Naam Pulau Pinang; Komuniti Madani Bukit Gambir; D'Home Centre; Pertubuhan Rumah Kebajikan Seri Cahaya; Persatuan Vallal Malaysia dan E3 Global Sdn Bhd.
Comments