Pejabat KADUN Batu Uban kelmarin membantu pasukan Kilau Lumba dari SMK Bukit Jambul untuk menyertai Kejohanan F1 Sekolah Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Shah Alam, Selangor pada bulan Februari 2025.
Menurut ADUN Batu Uban, A Kumaresan, beliau telah memberi sumbangan dana yang diminta pasukan sekolah itu untuk meneruskan cabaran ke Selnagor.
"Pasukan Kilau Lumba (STEM) terdiri 6 orang pelajar dari SMK Bukit Jambul dan telah mendapat tempat pertama di Kejohanan Negeri 2024 di Pulau Pinang.
"Mereka memerlukan dana bagi menampung kos penyertaan dalam Kejohanan Peringkat Kebangsaan.
"Saya telah memberikan sumbangan untuk kos pengangkutan mereka ke Shah Alam," katanya dalam muatnaik di Facebook.
Sumbangan daripada Kumaresan telah disampaikan oleh pegawai Pusat Khidmat KADUN Batu Uban, Pn Farlida.
Comments