![](https://static.wixstatic.com/media/4449e2_a8da05f08546449ea93460b65d0f5bb6~mv2.jpeg/v1/fill/w_660,h_451,al_c,q_80,enc_auto/4449e2_a8da05f08546449ea93460b65d0f5bb6~mv2.jpeg)
ADUN Bakar Arang, Adam Loh (gambar kanan sekali) bersama ADUN Sidam, Bau Wong Bau Ek baru baru ini mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) cawangan Daerah Kuala Muda, Kedah.
Lawatan itu menurut Adam Loh sebagai sesi suai kenal dan meninjau persiapan APM terutama menjelang musim tengkujuh pada akhir tahun ini.
"Antara agenda lawatan ialah sesi suaikenal, taklimat Pengenalan Pertahanan Awam dan Laporan Kejadian Bencana juga Kekuatan Pegawai dan Anggota APM Serta Logistik oleh Kapten Azahar Ahmad, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda dan Lt Zakiyah Md Akhir, Timbalan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda.
Lawatan juga meninjau sekitar kawasan Pejabat APM," katanya.
Beliau berharap dengan lawatan tersebut dapat meningkatkan ukhwah dan memperkembangkan lagi nama APM di mata masyarakat terutama dalam persediaan menghadapi kemungkinan banjir pada monsun Timur Laut Disember ini.
ความคิดเห็น