top of page

Adik Hariz terima sumbangan dari PM Anwar



Derita kanak-kanak berusia dua tahun tujuh bulan, Muhammad Hariz Iman Mohd Herman yang hilang penglihatan kedua dua belah matanya akibat kanser saraf diringankan oleh Perdana Menteri.


Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin (gambar, kanan sekali), mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyerahkan bantuan sebanyak RM10,000 kepada Hariz di Hospital Tunku Azizah (HTA), Kuala Lumpur tengah hari tadi.


"Anak kecil baru berusia 2 tahun 7 bulan ini disahkan menghidap barah neuroblastoma tahap empat pada 5 Ogos 2024 hingga mengakibatkan beliau kini telah kehilangan kedua-dua belah penglihatan matanya.


"Sebagai seorang bapa, hati saya cukup luluh melihat ujian yang dihadapi oleh adik Hariz yang cukup manja kepada ibu dan ayah beliau Mohd Herman dan Norshahida Md Nayan," kata Azman dalam muatnaik di Facebook.


Beliau berharap bantuan khas daripada Perdana Menteri itu dapat membantu meringankan urusan keperluan mereka sekeluarga yang perlu berulang-alik ke hospital bagi meneruskan rawatan kemoterapi rapid Cojex dan kitaran kemoterapi AIS.


"Sahabat-sahabat lain yang ingin turut membantu bagi meringankan beban Hariz boleh menyalurkan sumbangan," katanya lagi.


Sumbangan orang ramai boleh disalurkan ke akaun Bank Islam 1601 8022 8248 77 atas nama Puan Norshahida Md Nayan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page