top of page

Adam Adli yakin AMK Pahang bangkit di bawah kepimpinan baharu



Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pahang di bawah kepimpinan baharu ADUN Semambu, Chan Chun Kuang diyakini mampu mengatur program yang lebih mendekati generasi muda di negeri itu.


Hal tersebut dinyatakan oleh Ketua AMK Malaysia, Adam Adli Abdul Halim dalam kunjungan beliau ke Pahang sempena sambutan Hari Belia Negara baru baru ini.


Adam yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata demikian pada sambutan Hari Belia yang diwarnai pelbagai acara sempena Program Jumpa Orang Muda Kementerian Belia dan Sukan.


"Dalam perjumpaan ini, Adam menggesa agar semua pimpinan mengaktifkan kegiatan anak-anak muda di semua lapangan. Gerak kerja AMK perlu turun hingga ke akar umbi belia meliputi usia 15 tahun hingga ke 35 tahun.


"Beliau yakin AMK Pahang di bawah kepimpinan YB Chan Chun Kuang dan pasukannya mampu bangkit dan menerajui isu-isu anak muda di negeri Pahang," kata kenyataan KEADILAN Cabang Kuantan.

Adam memberi semangat perjuangan AMK

Menurut kenyataan itu lagi, Adam turut gembira dengan pencapaian AMK Cabang Kuantan di bawah kepimpinan Mustaqim Abdul Jalil berkerjasama dengan Cabang Kuantan dan berjaya menggerakkan program tuisyen B40, kelas-kelas al-Quran serta program pemantapan Sains dan Matematik di beberapa sekolah di daerah Kuantan.


Selain itu, anggota AMK yang turut hadir dalam program tersebut berpuas hati dengan program dan kehadiran pemimpin pada hari itu.


Urwah Assayuthi, 29, dari AMK Ranting Berjaya Permai Kuantan berkata, peluang bersua muka dengan kepimpinan pusat dimanfaatkan dengan mengutarakan isu-isu berkisar pembangunan usahawan di kalangan belia. Beliau yang memiliki kafe santai di Pantai Cempaka, Kuantan percaya lebih ramai anak muda boleh maju dalam bidang perniagaan jika diberikan bimbingan dan latihan.


Wan Bakhtiar dari Tanah Putih Baru, Kuantan pula berkata, ramai graduan di kalangan belia yang perlukan peluang-peluang pekerjaan yang sesuai dengan bidang masing-masing. Beliau yang berusia 26 tahun merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Politik dari UNIMAS dan kini berkhidmat dengan Pejabat ADUN Teruntum bagi membina pengalaman politik.


Kesemua mereka berharap lebih banyak lagi pertemuan-pertemuan seperti itu digerakkan oleh Ketua AMK Pusat di dalam mengaktifkan kegiatan-kegiatan anak muda di semua peringkat akar umbi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page