top of page

Adam Adli bakal bertemu Zhiddin Aziz susulan isu APBN



Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu bertemu pempengaruh Zhiddin Aziz bagi menyelesaikan isu berkaitan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Kebangsaan 2023.


Timbalan Menteri KBS, Adam Adli Abd Halim berkata, pejabatnya telah diminta menghubungi Zhiddin bagi satu pertemuan diatur antara mereka pada minggu akan datang.

"Memandangkan terlalu banyak perkara yang berbentuk spekulasi timbul sehingga mengheret banyak pihak, saya kira adalah baik agar pertemuan diadakan untuk rungkai isu ini secara baik.


"Saya sudah minta pejabat untuk hubungi Zhiddin dan segera aturkan pertemuan antara kami dalam minggu akan datang ini. Looking forward," katanya menerusi ciapan di platform X malam tadi.


Sebelum ini, tular mengenai luahan Zhiddin di media sosial miliknya yang melahirkan rasa kesal dan mendakwa kemenangannya di APBN dibatalkan.


Zhiddin mendakwa terdapat panggilan mengenai pembatalan penerimaan anugerah itu dan tiada sebarang penjelasan mengenainya.


Bagaimanapun Sekretariat APBN dalam satu kenyataan berkata, Jawatankuasa Pengesahan Pemenang APBN sebulat suara memutuskan tiada pemenang bagi dua kategori iaitu Ikon Belia Influencer (Media Sosial) dan Ikon Belia Sanjungan Budi kerana tiada calon yang memenuhi kriteria yang ditetapkan.


Tambah sekretariat itu, pengumuman semua pemenang anugerah juga hanya diumumkan ketika majlis berlangsung dan tiada pengumuman rasmi dibuat kepada mana-mana pemenang sebelum itu.


"Pemenang bagi setiap kategori di bawah APBN dipilih dan dinilai oleh panel penilai yang mempunyai kepakaran dalam kategori masing-masing sebelum dipersetujui oleh Jawatankuasa Pengesahan Pemenang APBN," jelas kenyataan itu.


Sementara itu, Adam Adli berkata, pihaknya memahami perasaan dan ketidakpuasan hati Zhiddin berkait isu itu, malah bebas untuk meluahkan perasaan menerusi medium pilihannya.


"Zhiddin ada potensi yang baik sebagai contoh buat golongan belia. Banyak ruang yang tersedia buat beliau, malah beliau sendiri berhasil cipta ruang sendiri," tambahnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page