top of page

Adakah projek Hospital Pasir Gudang tidak berjalan ikut jadual?



Projek pembinaan Hospital Pasir Gudang yang mula dilaksanakan pada tahun lalu dan dijangka siap pada 2024 dikhuatiri tidak berjalan mengikut jadual.


Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, projek tersebut yang diluluskan pada era pemerintahan Pakatan Harapan (PH) telah pun diluluskan peruntukannya oleh Menteri Kewangan waktu itu, Lim Guan Eng dan sepatutnya berjalan lancar sehingga selesai pembinaan.


"Projek Pembinaan Hospital Pasir Gudang bermula September 2020 lalu kini nampak senyap saja.


"Terakhir saya memantau pada 23 Januari 2021. Kenapa tak nampak pekerja-pekerja berkerja? Kren-kren tidak bergerak. Kerja-kerja tanah macam tak selesai lagi. Adakah kerana Covid-19?


"Nak kata duit tak ada, tidak munasabah. Bekas Menteri Kewangan Kerajaan PH lalu, Lim Guan Eng beritahu saya duit untuk pembinaan Hospital Pasir Gudang sudah disediakan oleh kerajaan.


"Menteri Kesihatan Kerajaan PH, Dr Dzulkifli Ahmad menjawab soalan saya di Parlimen tahun lalu semuanya telah disediakan untuk Hospital Pasir Gudang dari segi kewangan. Timbalan Menteri Kesihatan yang lalu juga, Dr Lee Boon Chai berkata hal yang sama kepada saya," katanya.


Menguatkan lagi hujah Hassan, beliau turut mendapat jaminan daripada Menteri Kesihatan kerajaan Perikatan Nasional (PN) bahawa projek tersebut diteruskan dengan peruntuan sedia ada.


"Malahan Menteri Kesihatan Kerajaan PN sekarang Dr Adham Baba telah memberi jaminan kepada saya bahawa Projek Hospital Pasir Gudang akan berjalan seperti dirancang.


"Tetapi dari pemerhatian saya sendiri dua hari lalu, saya bimbang jika progres pembinaan begitu lambat maka adakah mungkin Hospital Pasir Gudang boleh siap terbina menjelang April 2024?" tanyanya


Hassan tidak mahu projek tersebut menjadi permainan politik kerana penduduk Pasir Gudang telah sekian lama menantikan sebuah hospital untuk kegunaan mereka.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page