top of page

Ada hikmah di sebalik Aidilfitri ketika COVID-19- Wan Azizah Wan Ismail


Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini boleh dikatakan sambutan yang paling sayu apabila jutaan rakyat Malaysia tidak dapat pulang ke kampung halaman dan terpaksa beraya di rumah kerana ancaman COVID-19.


Walaubagaimanapun, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu umat Islam memandang situasi genting ini dari sudut positif dan menganggap terdapat hikmah di sebalik apa yang berlaku ketika ini.


"Wabak COVID-19 yang sedang melanda seluruh dunia ini menyebabkan kita terpaksa mengamalkan penjarakan sosial dan menjaga kebersihan diri pada setiap waktu yang menyebabkan kita bertindak lain daripada biasa.


"Semua kekurangan yang dialami ini boleh dilihat sebagai satu dimensi baharu yang meningkatkan bukan sahaja amalan kita malah hubungan kita sesama manusia, yang diharap dapat memberi impak positif kepada keperibadian dan ketaqwaan kita," katanya dalam perutusan khas Aidilfitri.


Wan Azizah turut memuji usaha gerakan bantuan kepada golongan yang memerlukan, meskipun berdepan risiko dijangkiti wabak COVID-19.


"Saya juga amat gembira melihat bagaimana usaha-usaha kemanusiaan diperhebat dalam bulan Ramadan ini dengan pelbagai pihak menyampaikan bantuan kewangan serta bantuan berbuka puasa dan hari raya kepada yang memerlukan walaupun kita berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan sama ada bersyarat atau diperketatkan.


"Bantuan juga diberi kepada mereka yang bukan beragama Islam yang memerlukan, selaras dengan konsep “Islam Rahmatan lil Álamiin” iaitu Islam sebagai rahmat bagi seluruh manusia," katanya.


Pada masa sama, Wan Azizah berharap umat Islam dapat membiasakan diri menyambut Aidilfitri dalam keadaan norma baharu.


"Saya berharap latihan cara baharu yang kita lalui semasa Ramadan tahun ini telah menyemai kita dengan disiplin ke arah norma baharu bagi kita terus bersama-sama menangani wabak COVID-19 ini dengan jayanya.


"Apa pun, kita boleh berhari raya dengan cara baharu, iaitu dengan menggunakan gajet dan perisian yang ada dengan berkomunikasi secara video di atas talian bersama saudara-mara di mana jua mereka berada, sama ada di dalam mahupun di luar negara.


"Semoga kita ditemukan dengan Ramadan tahun hadapan dalam keadaan yang lebih baik," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page