top of page

Ada Apa Dengan Prestasi PH Terengganu?



Oleh: Chegu Syed


ULASAN: Prestasi Pakatan Harapan (PH) Terengganu jelas menunjukkan penurunan dari segi pencapaian kemenangan kerusi, bilangan undi yang diperolehi dan peratus undi.


Pada Pilihan Raya Umum ke (PRU) 15 PH Terenggganu mengulangi kegagalan dengan memperolehi 0 “kosong” kerusi bagi 8 kerusi parlimen yang dipertandingkan, sama seperti yang terjadi pada PRU14 tahun 2018. Keadaan ini disebabkan oleh kegagalan PH Terengganu untuk menggunakan ruang dan peluang dalam tempoh 2018 sehingga Mac 2020 semasa menjadi Kerajaan Persekutuan dengan sebaik mungkin untuk memperkukuh dan memantapkan gerak kerja bagi persediaan pilihan raya. Moral, sumber dana dan kesungguhan jentera PH Terengganu menjadi lebih buruk dan lesu selepas kerajaan PH tumbang akibat pengkianatan.


Bilangan undi yang diperolehi oleh PH Terengganu dalam PRU15 merosot sehingga 40,645 undi berbanding 59,834 undi pada PRU14 (2018). Dengan peningkatan jumlah kumpulan pengundi muda yang berumur 18-39 tahun, antara yang teramai di Malaysia iaitu 56.8% dari jumlah keseluruhan pengundi Terenggganu dalam PRU15, PH Terenggganu seakan-akan hilang strategi dan pendekatan untuk memenangi hati golongan ini. Ia sekaligus jelas mempamerkan ketidaksediaan PH Terengganu dalam merancang dan melaksanakan apa jua program yang bersesuaian untuk kumpulan ini.


Peratus perolehan undi merosot


Peratus undi yang diperolehi oleh PH Terengganu merosot ketara pada PRU15 iaitu sekadar memperolehi 5.49% berbanding 9.64% dalam PRU14 (2018). Kemerosotan ini tentu sahaja disumbangkan oleh banyak faktor tetapi yang paling signifikan ialah apabila tiada command centre yang jelas diperingkat PH negeri yang diterajui oleh Datuk Raja Kamarul Bahrin.


Dalam PRU15, PH Terenggganu seolah-olah tiada pengarah pilihan raya negeri yang bertanggungjawab menyusun dan mengatur strategi dan gerak kerja secara kolektif untuk PH Terenggganu. Setiap unit parlimen kelihatan bergerak dengan kekuatan masing-masing yang terhad dan sangat bergantung kepada masing-masing pasukan kempen calon-calon yang bertanding.


Sehubungan itu, sudah tiba masanya PH Terenggganu muhasabah diri dan membuat pertukaran teraju kepimpinan. Datuk Raja Kamarul Bahrin dari Amanah seharusnya digantikan menjelang pilihan raya negeri (PRN) beberapa bulan dari sekarang. PH Terenggganu tidak ketandusan pemimpin yang berpegalaman dan berbakat.


Rombak pimpinan PH Terengganu


Dua tokoh dari Parti Keadilan Rakyat Terenggganu iaitu YB Nik Nazmi Nik Ahmad selaku pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Terengganu dan Azan Ismail selaku mantan pengerusi MPN Terengganu adalah calon-calon yang berpotensi memimpin PH negeri. Kedua-dua mereka mempunyai pengalaman sebagai ahli parlimen dan ADUN serta pengalaman luas dalam pilihan raya.


Sebagai pemimpin PH Terenggganu yang berjiwa besar dan mementingkan kejayaan PH Terenggganu melebihi dari kenikmatan menyandang kerusi “Pengerusi PH Terenggganu, saya fikir Datuk Raja Kamarul Bahrin tentulah berjiwa besar untuk memastikan pisang tidak berbuah tiga kali pada PRN tahun hadapan.


________________________________________________________________________________

Penulis merupakan mantan ahli Majlis Pimpinan PH Terenggganu dan Ketua Penerangan Negeri KEADILAN Terenggganu sesi 2018 - 2022.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page