top of page

Acara kerajaan perlu kurang gula, kempen gaya hidup sihat



Berkuat kuasa hari ini, semua sajian bagi acara rasmi kerajaan akan mengurangkan 50% kandungan gula manakala minuman disediakan tanpa bahan pemanis itu, demikian menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.


Beliau berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri semalam sebagai satu langkah mempromosikan gaya hidup sihat dengan mengelakkan pengambilan gula berlebihan bagi mengelakkan penyakit kencing manis.

"Semua minuman akan disediakan secara gula tidak dimasukkan. Jadi kita akan kurangkan penggunaan gula. Biar manis di senyuman bukan dalam minuman.


"Ini adalah keputusan Jemaah Menteri untuk mewujudkan satu suasana yang lebih sihat," kata beliau pada sidang media di Putrajaya hari ini.


Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata keputusan itu diambil selepas laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2023 mendapati satu daripada enam orang atau 15.6% daripada populasi dewasa di Malaysia didiagnoskan sebagai penghidap diabetes.


Tinjauan juga menunjukkan kumpulan rakyat tertinggi yang menghidap penyakit tidak berjangkit itu berusia 60 tahun dan ke atas iaitu sebanyak 38% diikuti usia 50 hingga 59 tahun (28.8%), usia 40 hingga 49 tahun (15.2%), 30 hingga 39 tahun (6.5%) dan 18 hingga 29 tahun (3.2%).


Menurut laporan tinjauan kesihatan itu, lebih setengah juta atau 2.5% orang dewasa di Malaysia menghidap empat penyakit serangkai iaitu kencing manis, tekanan darah tinggi, kolesterol dan obesiti yang menjadi faktor utama sakit jantung dan strok.


Laporan itu menyebut, kencing manis merupakan salah satu punca utama kematian di Malaysia dengan 15.6% atau seorang daripada enam dewasa di negara ini menghidap diabetes.

Menurut tinjauan tersebut, prevalensi diabetes adalah paling tinggi dalam kalangan individu berumur 60 tahun ke atas pada kadar 38%.


"Masalah kencing manis adalah masalah penyakit yang tidak berjangkit yang perlu ditangani secara menyeluruh


"Kurangkan penggunaan gula dalam semua acara kerajaan termasuk mesyuarat adalah salah satu langkah awal dalam usaha ini," jelas Fahmi.


Menurut data Persekutuan Diabetes Antarabangsa (IDF) yang dikumpul sehingga 2021, Malaysia kini berada pada kedudukan kelima tertinggi di dunia dengan kelaziman diabetes sebanyak 20% pada orang dewasa.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page