top of page

ABIM anjur seminar Palestin, zahir solidariti



Oleh: Abdullah Zaid


Kira-kira 100 orang menghadiri program Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Seminar Peduli Palestin di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Technovation Park, Skudai, Johor Bahru, baru-baru ini.


Menerusi satu kenyataan, seminar berkenaan dijalankan bagi memperkukuh solidariti dan sokongan kepada rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Zionis Israel.


"Seminar telah diisi oleh dua orang panel iaitu Zairudin Hashim (Naib Presiden ABIM Pusat) serta Prof Mohd Nazari bin Ismail, Pengerusi BDS Malaysia serta Ustaz Ari Kurniawan selaku moderator.


"Zairudin mengupas bahawa perjuangan kemanusiaan ABIM telah digerakkan sejak tahun 1970-an lagi, dalam memberi pencerahan tentang konflik ini serta sentiasa menganjurkan aktiviti seperti kempen dan forum kesedaran, kenyataan media, demonstrasi serta bantuan kemanusiaan terus ke Palestin," katanya.


Tambah kenyataan itu lagi, umat Islam perlu memberi penerangan dengan lebih giat terutama kepada masyarakat bukan Muslim, bagi memahamkan isu tersebut dari aspek kemanusiaan ekoran serangan ganas rejim Zionis turut melibatkan warga bukan muslim Palestin.


"Seminar ini juga sepakat meningkatkan keprihatinan masyarakat dalam mendukung perjuangan Palestin dengan berhikmah dan berstrategi.


"Ia selari dengan pendirian Kerajaan Perpaduan yang menyokong pelaksanaan gencatan senjata kekal dan menghentikan dana serta bantuan kepada rejim Israel, termasuk kerjasama ekonomi yang menyumbang kepada ketenteraan, termasuk penetapan haram rejim Israel," ujarnya.


Tegas kenyataan itu lagi, program kesedaran tersebut perlu diadakan lagi bagi menunjukkan kelantangan rakyat Malaysia memperjuangkan hak rakyat Palestin dan memberi tekanan menolak kekejaman rejim Zionis Israel.

0 comments

Opmerkingen


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page