top of page

9 wanita terima biasiswa PPSH kerajaan Selangor



Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan Negeri Selangor menyerahkan biasiswa kepada sembilan penerima di bawah Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PPSH).


Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari berkata, PPSH merupakan inisiatif di bawah inisiatif Wanita Berdaya Selangor (WBS) yang dilaksanakan sejak 2021 bagi membiayai pengajian 33 wanita di peringkat diploma hingga doktor falsafah (PhD).


"Program ini menawarkan biasiswa bagi melanjutkan pembelajaran ke peringkat diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana, serta doktor falsafah (PhD) kepada kepada golongan wanita yang berkelayakan di Selangor," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.


Tambahnya, sebanyak RM200,000 telah diperuntukkan kepada 12 penerima bagi kohort pertama dan 13 penerima membabitkan peruntukan jumlah sama bagi kohort kedua.


Manakala sebanyak 122 permohonan PPSH diterima sejak pembukaan pendaftaran bagi kohort ketiga pada Mac lalu.


"Setelah dua tapisan dilakukan, seramai 21 calon disenarai pendek untuk melalui sesi temuduga sebelum sembilan daripadanya telah dipilih untuk ditawarkan biasiswa PPSH, termasuk dua alumni Akademi Kepimpinan Wanita," jelasnya.


Sementara itu Anfaal menjelaskan, biasiswa ditawarkan mengetengahkan bidang pengajian yang akan menyumbang kepada kemajuan ekonomi penjagaan di Selangor.


"Antaranya seperti Sains Kesihatan (Fisioterapi), Pemulihan Carakerja (Kecacatan Perkembangan) dan Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling.

"Bidang ini diberikan perhatian khusus oleh kerajaan negeri kerana menyedari kemajuan ekonomi haruslah dijalankan seiring dengan peningkatan kualiti kehidupan," katanya.


Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari yang ditemui pemberita selepas majlis penyerahan biasiswa itu di Shah Alam berkata, tajaan menerusi Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) akan diteruskan pada masa depan memandangkan ia membantu penerima untuk mendapat kemahiran sekali gus membantu peningkatan pendapatan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page