top of page

5G: Pemilihan U Mobile selepas memenuhi standard kualiti tertinggi - MCMC



Pemilihan U Mobile sebagai penyedia perkhidmatan rangkaian 5G kedua di negara ini dilakukan selepas pelbagai kajian dibuat dan syarikat berkenaan telah melepasi tahap kualiti tertinggi.


Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), U Mobile memenuhi standard dari segi kualiti, kebolehpercayaan dan aksesibiliti.


Katanya, untuk mencapai matlamat tersebut satu proses pemilihan yang ketat telah dilaksanakan dengan kriteria penilaian yang menekankan keupayaan penyedia menawarkan perkhidmatan 5G yang pelbagai dan membolehkan rakyat Malaysia menikmati kesalinghubungan berkelajuan tinggi pada harga berpatutan.


"Pemilihan U Mobile Sdn Bhd dibuat berdasarkan gabungan beberapa faktor seperti rancangan perniagaan dan teknikal yang dikemukakan, rekod kadar aduan dan kepuasan pelanggan, serta prestasi mereka dalam melaksanakan inisiatif infrastruktur lain.


"Ini termasuk sumbangan memberangsangkan kepada projek Penyediaan Perkhidmatan Sejagat (USP) seperti JENDELA Fasa 1 dan Projek Penaiktarafan 4G, yang selaras dengan komitmen MCMC untuk meningkatkan pengalaman pengguna dan kecemerlangan perkhidmatan," kata MCMC dalam kenyataan petang ini.


Menurut suruhanjaya itu, selepas terpilih, MCMC mempunyai tanggungjawab penuh pengawalseliaan terhadap perkhidmatan U Mobile mengikut pematuhan yang telah ditetapkan.


Jika terdapat ketidakpatuhan, katanya, penalti akan dikenakan.


"U Mobile Sdn Bhd sebagai penyedia rangkaian 5G kedua, dibenarkan untuk bekerjasama dengan rakan ekosistem yang lain tertakluk kepada kelulusan MCMC.


"MCMC akan sentiasa menilai kerjasama tersebut untuk memastikan manfaatnya dapat dinikmati semua rakyat Malaysia.


"MCMC sedia maklum pegangan saham asing semasa yang dimiliki oleh U Mobile Sdn Bhd. Adalah menjadi tanggungjawab pemegang lesen untuk memaklumkan MCMC sebarang perubahan pegangan saham asing syarikat," kata MCMC lagi.


Sehubungan itu, dengan penubuhan rangkaian 5G kedua berkenaan MCMC telah membuka jalan untuk fleksibiliti dan keterangkuman perkhidmatan yang lebih menyeluruh pada masa hadapan.


Persaingan antara dua penyedian perkhidmatan, kata MCMC, bakal mengukuhkan ketahanan industri serta membolehkan rakyat menikmati sambungan berkelajuan tinggi pada harga yang berpatutan, dan pada waktu sama suruhanjaya itu akan terus memantau kualiti dalam kalangan semua penyedia perkhidmatan bagi memastikan landskap telekomunikasi yang kukuh dan boleh dipercayai untuk masa depan negara.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page