top of page

5G: Kritik Kerajaan Madani, waktu kerajaan PN beri monopoli kenapa diam?




Oleh: Akmal Manaf


Kritikan pembangkang terhadap Kerajaan Madani yang melantik syarikat U Mobile sebagai pengendali kedua spektrum 5G negara tidak jelas hujung pangkalnya


Sehubungan itu, Ketua Penerangan Angkatan Muda Harapan, Ammar Atan mencabar Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan untuk mengemukakan bukti konkrit sekiranya terdapat penyelewengan dalam proses lantikan pengendali 5G kedua negara, daripada pemimpin pembangkang itu terus menerus melemparkan kritikan terhadap kerajaan.


Menurut Ammar, pihaknya hairan melihat Wan Saiful lantang mengkritik kerajaan melantik syarikat U Mobile sebagai pengendali kedua 5G sedangkan sewaktu kerajaan PN melantik Digital Nasional Berhad (DNB) sebagai pengendali tunggal beberapa tahun lalu, Wan Saiful tidak pula mengkritik tindakan berkenaan.


"Beliau (Wan Saiful) mempertikaikan ketelusan dan keperluan langkah ini, seolah-olah kerajaan mengabaikan kepentingan rakyat.

Ammar Atan

"Namun, sikap ini bertentangan dengan (sikap) diam beliau ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) memberikan kontrak eksklusif kepada Digital Nasional Berhad (DNB) yang jelas mencipta monopoli tanpa sebarang persaingan atau ketelusan," bidas beliau dalam satu kenyataan.


Menurut Ammar lagi, pada 2021, PN melantik DNB sebagai pengendali tunggal 5G di negara ini, sekali gus mencipta monopoli penuh yang tidak membuka ruang untuk syarikat lain bersaing.


Beliau berkata, Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu tidak pernah mengkritik atau mempertikaikan monopoli tersebut, sekali gus menggambarkan sikapnya yang hipokrit berbanding keterbukaannya mengkritik kerajaan sekarang.


Katanya, tindakan kerajaan pada ketika ini selayaknya mendapat pengiktirafan daripada pihak pasaran seperti yang disebutkan oleh Tan Sri Vincent Tan.


"Langkah terkini kerajaan untuk memperkenalkan pengendali kedua jelas untuk memastikan persaingan sihat dan meningkatkan kualiti perkhidmatan demi manfaat rakyat.


"Dengan membuka ruang persaingan, pengguna kini mendapat lebih banyak pilihan dengan harga yang lebih kompetitif, berbanding monopoli yang memaksa rakyat bergantung kepada satu penyedia.


"Kami menyokong penuh langkah kerajaan yang komited dalam menjamin ketelusan dan persaingan sihat demi kepentingan rakyat," ujar Ammar yang juga Naib Ketua Pemuda AMANAH.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page