![](https://static.wixstatic.com/media/4449e2_ba1609fee1c940ddae8d375ebc27576e~mv2.jpg/v1/fill/w_660,h_471,al_c,q_80,enc_auto/4449e2_ba1609fee1c940ddae8d375ebc27576e~mv2.jpg)
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan baru baru ini menghadiri program sumbangan ‘Kembali ke Sekolah’ di Temerloh, Pahang.
Menurut satu kenyataan, program itu dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan Taqwa, Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.
Bagi Dr Zulkifli, sumbangan tersebut amat bermakna terutama kepada keluarga yang memerlukan meringankan beban mereka membeli keperluan sekolah anak anak.
"Saya mendoakan agar anak-anak berjaya dalam pelajaran mereka, dan cemerlang dunia juga akhirat, insya-Allah," katanya.
Nilai bantuan sebanyak RM175 seorang diberikan kepada lebih 500 penerima di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tualang, Temerloh.
Selain itu, Dr Zulkifli juga mengetuai Program Ziarah Madani untuk menyantuni beberapa orang bekas guru yang uzur di sekitar Temerloh.
Selepas program di Temerloh, Dr Zulkifli berkata bahawa Program Kembali ke Sekolah dan Ziarah Madani akan diteruskan ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan; Batang Kali, Selangor; Tanjong Malim, Perak; Port Dickson, Negeri Sembilan dan Pasir Mas, Kelantan.
Comments