top of page

500 pelajar terima sumbangan Kembali Ke Sekolah Parlimen Parit Buntar




Pendidikan merupakan tunjang kepada pembangunan masyarakat dan negara.


Sehubungan itu, Pejabat Senator Ahli Dewan Negara dengan kerjasama Yayasan Taqwa-MAIWP dan Pertubuhan Kebajikan Titi Serong telah menganjurkan program Sumbangan "Back to School" kelmarin bagi membantu pelajar kurang berkemampuan di sekitar Titi Serong, Parlimen Parit Buntar.


Menurut Senator Dr Mujahid Yusof Rawa, sebanyak 500 pelajar telah dihimpunkan untuk menerima sumbangan berupa pakaian serta kelengkapan sekolah.


Dalam ucapannya, mantan Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, pendidikan amat berguna membuka minda masyarakat dan bakal membina masa hadapan yang lebih baik bagi generasi muda.


"Pendidikan adalah pelaburan jangka panjang yang akan menentukan hala tuju masyarakat dan negara.


"Setiap anak-anak kita adalah aset yang berharga, dan mereka perlu diberi peluang yang sama rata untuk membina masa depan yang lebih cerah.


"Dengan adanya bantuan seperti ini, kita bukan sahaja meringankan beban ibu bapa tetapi juga menyuntik semangat kepada pelajar untuk terus berusaha mencapai kejayaan," katanya.


Dalam pada itu, Dr Mujahid mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yayasan Taqwa-MAIWP serta Pertubuhan Kebajikan Titi Serong atas usaha dan kerjasama mereka dalam menjayakan program tersebut.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page