top of page

5 kilang beras di Kedah diserbu, SPRM syak penyelewengan subsidi



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis menyerbu tiga buah kilang beras di Kedah menjadikan keseluruhan lima kilang diserbu setakat ini.


Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata pada serbuan semalam, pihaknya menumpukan kepada isu penyelewengan subsidi beras yang berpotensi diseleweng dan mempunyai unsur rasuah.


"Perspektif SPRM adalah lebih kepada kesalahan-kesalahan rasuah yang mungkin berlaku terutama jika melibatkan dana wang kerajaan berkaitan subsidi sekiranya ia diseleweng," katanya dalam sidang media selepas satu program di Kuala Lumpur.


Mengulas lanjut, beliau menegaskan bahawa pemeriksaan dijalankan tidak menyasarkan mana-mana ahli politik atau kerajaan negeri.


"SPRM tidak sasarkan mana-mana ahli politik atau kerajaan negeri dalam isu (serbu kilang beras di Kedah) kerana tugas kami adalah untuk meneliti sebarang maklumat dan aduan yang diterima," katanya dipetik.

Terdahulu, sumber SPRM memberitahu siasatan agensi itu kini tertumpu kepada sebarang penyelewengan pemberian subsidi kepada petani yang menjual beras tempatan ke kilang yang dilesenkan.


Dipetik laporan media sumber berkenaan memberitahu, penyelewengan tuntutan subsidi disyaki berlaku apabila resit pembelian dan jumlah berat padi sengaja dipalsukan dengan melipatgandakan jumlah jualan.

SPRM juga mendapati ada pengilang yang disyaki mencampurkan beras tempatan dengan beras import untuk dijual pada harga import bagi meraih keuntungan lebih besar berbanding harga beras tempatan yang dikawal kerajaan.


Sementara pihaknya juga percaya tindakan pengilang menyorokkan beras tempatan kononnya untuk menunggu pelarasan harga oleh kerajaan telah menjadi antara punca bekalan beras tempatan berkurangan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page