top of page

480 ahli keluar parti, 12 cawangan Bersatu Gua Musang lumpuh



Perikatan Nasional (PN) menerima tamparan hebat menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.


Pada Sabtu, 12 cawangan parti Bersatu di Gua Musang ditutup sepenuhnya apabila 480 ahlinya diketuai bekas Timbalan Ketua Bahagian Che Ariffin Hussin mengumumkan keluar parti dan menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


"Keputusan mereka meninggalkan Bersatu adalah kerana telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti yang memilih bekas ahli Pas sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri mewakili Perikatan Nasional (PN).


"Pemilihan Mohd Rizwadi Ismail yang merupakan bekas Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Gua Musang sebagai calon ialah taktik mengelirukan pengundi," kata Ahmad Zahid.


PRK DUN Nenggiri menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang mewakili Kerajaan Perpaduan dan wakil PN Mohd Rizwadi yang bertanding menggunakan logo Pas.


Ia diadakan susulan kekosongan kerusi yang diumum Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun, berikutan bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 17 Ogos


Sementara itu, Che Ariffin memaklumkan, kesemua 12 cawangan parti Bersatu di Gua Musang kini ditutup sepenuhnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page