top of page

4.37 juta pekerja dapat manfaat dari pelaksanaan gaji minimum



Oleh: Azuan Ab Rahman


Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum baharu yang berkuatkuasa hari ini bakal memanfaatkan 4.37 juta pekerja di seluruh negara.


Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menerusi satu kenyataan berkata, usaha itu selaras dengan agenda Ekonomi MADANI yang menekankan keadilan sosial dan kesejahteraan rakyat, bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan serta inklusif.


"Ia juga sejajar dengan komitmen kerajaan untuk 'menaikkan lantai' ekonomi negara dengan meningkatkan kuasa beli yang seterusnya dapat menambah baik kualiti hidup rakyat," kata kementerian itu.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada Oktober lalu memaklumkan kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025.


Ia akan membabitkan majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih dan majikan yang menjalankan suatu aktiviti profesional, tanpa mengambil kira bilangan pekerja yang digajikan oleh majikan tersebut.


Bagi majikan yang menggajikan kurang daripada lima orang pekerja, tarikh kuat kuasa akan bermula pada 1 Ogos depan, bagi memastikan majikan diberi tempoh mencukupi untuk melakukan penyesuaian dalam struktur gaji dan operasi syarikat masing-masing.


Sementara itu KESUMA dalam kenyataannya mengingatkan gaji minimum tidak sepatutnya dijadikan penanda aras gaji permulaan kepada semua pekerja khususnya siswazah dan para pekerja perlu diberi gaji setimpal berdasarkan kemahiran.


"Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum ini merupakan satu daripada pendekatan besar KESUMA dalam meningkatkan pendapatan kaum pekerja, selain pelaksanaan Dasar Gaji Progresif dan usaha merancakkan latihan kemahiran sebagai kaedah meningkatkan keberhasilan dan gaji pekerja.


"Dengan pelaksanaan yang berkesan, bukan sahaja pendekatan ini dapat meningkatkan kesejahteraan pekerja, tetapi juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara," menurut kenyataan itu.


Justeru, KESUMA menyeru semua majikan, pekerja dan pihak berkepentingan industri untuk bekerjasama dalam memastikan kejayaan pelaksanaan Perintah Gaji Minimum baharu tersebut.


Kegagalan majikan untuk mematuhi Perintah Gaji Minimum merupakan satu kesalahan dan boleh didenda sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732).

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page