top of page

4.1 juta penerima STR akan terima SARA RM100 sebulan



Oleh: Akmal Manaf


Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan mendapat peningkatan terbesar dalam sejarah dengan peruntukan sebanyak RM13 bilion.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan yang akan disalurkan bermula tahun depan itu akan memberi manfaat kepada 9 juta penerima atau 60% penduduk dewasa dalam negara.


''4.1 juta penerima STR akan menerima SARA sebanyak RM100 sebulan ketimbang 700,000 penerima sebelum ini,'' katanya di Dewan Rakyat.


Belanjawan 2025 yang bertemakan 'Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera' adalah yang ketiga dibentangkan di bawah kerajaan MADANI pimpinan Anwar.


Belanjawan ini juga adalah yang terakhir di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) sebelum beralih kepada Rancangan Malaysia Ke-13 untuk tempoh lima tahun akan datang.

0 comments

Kommentarer


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page