top of page

4,000 kelas Tabika KEMAS Pra Tahfiz bakal diwujudkan tahun ini

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 11
  • 1 min read



Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bakal menubuhkan 4,000 kelas TABIKA Pra Tahfiz membabitkan 60,000 kanak-kanak di seluruh negara tahun ini.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penubuhannya sebagai usaha melahirkan generasi hufaz cilik sekaligus melengkapi komitmen Kerajaan MADANI untuk memperkukuhkan nilai Islam dalam sistem pendidikan awal kanak-kanak negara.

"Pada 2023, KEMAS melakukan langkah proaktif dengan menjadikan pendidikan al-Quran sebagai teras utama dalam pembentukan kanak-kanak Islam di Tabika KEMAS.


"Matlamatnya jelas melahirkan generasi hufaz cilik yang bukan sahaja menguasai hafazan al-Quran bagi surah-surah dalam Juzuk Amma, tetapi juga memahami adab dan tadabbur dalam kehidupan mereka," katanya menerusi satu kenyataan.


Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sementara itu berkata, pelaksaan projek rintis telah dilaksana pada 2024 membabitkan 100 Tabika KEMAS dengan membabitkan 1,500 kanak-kanak.


Pada tahun lalu ia menerima sambutan menggalakkan dengan penyertaan meningkat kepada 55,269 kanak-kanak yang sekaligus membuktikan masyarakat menyambut baik usaha itu.


Sementara itu tambahnya, pada tahun ini pihaknya merangka satu hala tuju baharu secara lebih strategik serta tersusun untuk meningkatkan keberkesanan dan kesepaduan program yang dilaksanakan KEMAS.


Ia bakal dilaksana dengan pendekatan yang bukan sahaja merentas semua bahagian dalaman agensi itu tetapi juga menggabungkan kepakaran pelbagai agensi kerajaan yang lain, badan bukan kerajaan (NGO), sektor korporat dan swasta.


"Saya yakin dengan langkah strategik ini, KEMAS akan terus menjadi pemacu perubahan dalam membina sebuah negara yang maju dan masyarakat desa lebih dinamik," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page