top of page

399 calon tak hadir SPM 2023 ambil semula peperiksaan



Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan seramai 399 daripada 10,160 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak hadir tahun lalu berjaya ditarik supaya mengambil semula peperiksaan.


Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh (PH-Taiping) berkata, KPM menjalankan usaha mengesan mereka hasil kerjasama sekolah dan ibu bapa dengan memberi galakan serta kesedaran.


"Dalam usaha ini, KPM berjaya menarik kembali 399 calon tak hadir untuk menduduki SPM tahun ini. Ini merupakan sedikit hasil KPM dengan sekolah dan ibu bapa," katanya ketika menjawab soalan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) berhubung langkah KPM untuk mengatasi isu ketidakhadiran calon SPM di Dewan Rakyat semalam.


Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata angka calon tidak hadir SPM tahun 2023 menurun berbanding pada 2022 yang mencatat 14,858 calon tidak hadir.


"KPM komited menangani isu ketidakhadiran murid dalam SPM. Seramai 10,160 orang atau 2.6 peratus daripada jumlah calon tidak hadir menduduki peperiksaan. Angka ini berbanding pada tahun 2022, 14,858 orang bersamaan 3.8 peratus tidak hadir.


"Dengan kata lain angka tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 1.2 peratus atau 4,698 orang," ujarnya.


Beliau berkata mengikut statistik seramai 8,676 calon tidak hadir daripada sekolah KPM manakala 1,263 (calon persendirian), 221 (calon sekolah agama negeri, sekolah agama rakyat dan sekolah swasta).


Menurutnya, kategori paling ramai membabitkan calon telah berhenti sekolah iaitu seramai 3,858 orang.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page