top of page

38 NGO, 110 individu prihatin sokong usaha Malaysia bantu pelarian Palestin



Sekumpulan badan masyarakat madani (CSO) dan individu hari ini menyuarakan kekhuatiran ke atas kritikan yang diterima kerajaan di atas keputusan untuk membawa 127 pelarian Palestin untuk dirawat di Malaysia.


Menurut mereka, langkah yang diusahakan itu adalah atas dasar belas kasihan, ehsan dan tidak wajar dipertikaikan.


"Pelarian ini merangkumi 41 pesakit kritikal dan 86 ahli keluarga terdekat mereka. Mereka telah mengharungi ketakutan dihujani bom dan kemelaratan di Gaza dan menderita trauma yang tak dapat dibayangkan.


"Ada juga yang mengalami kecederaan fizikal yang parah," kata mereka dalam kenyataan bersama, sambil membangkitkan genosid di Gaza pada masa ini telah meragut lebih 40,000 nyawa juga menyebabkan ribuan lagi cedera dan hilang tempat tinggal.


Kata mereka, sebagai anggota masyarakat antarabangsa yang bertamadun Malaysia mempunyai tanggungjawab moral dan undang-undang untuk melakukan usaha yang terdaya dalam membantu orang awam yang tidak bersalah di kawasan konflik.


"Kami merasakan kerajaan boleh dan harus melakukan lebih lagi bagi membantu pelarian Palestin.


"Maka mengecewakan melihat reaksi negatif sesetengah rakyat terhadap keputusan kerajaan memberikan sedikit kelegaan kepada pelarian Palestin ini, dengan genosid yang sedang berjalan serta kemusnahan kediaman mereka.


"Rakyat Palestin yang dibawa ke sini hanyalah sebilangan kecil berbanding mereka yang masih berdepan kemusnahan dan kematian di tanah air.


"Kami menggesa rakyat Malaysia untuk mengenepikan prejudis dan melihatnya sebagai isu kemanusiaan," kata mereka.


Antara 38 CSO yang menandatangani kenyataan bersama ini adalah Bersih, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Pusat Komas, Islamic Renaissance Front (IRF), Pertubuhan Ikram Malaysia, Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), G25 Malaysia, Suaram dan Greenpeace Malaysia.


Antara 110 individu yang menandatanganinya pula adalah Marina Mahathir, Maria Chin Abdullah, Ambiga Sreenevasan, Ivy Josiah, R Sivarasa dan Suriani Kempe.


Kenyataan itu turut disertai Ahli Parlimen Syahredzan Johan (Bangi), Young Syefura Othman (Bentong) dan Hassan Abdul Karim (Pasir Gudang), Azli Yusof (Shah Alam), Syed Ibrahim Syed Noh (Ledang), juga Khalid Samad ( Pengarah Komunikasi AMANAH).

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page