300 pelajar di Kuantan terima sumbangan persekolahan dari PM
- Suara Keadilan
- Feb 12
- 1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman
Seramai 300 pelajar terdiri daripada keluarga kurang berkemampuan di Kuantan, Pahang menerima sumbangan persekolahan dari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bantuan tunai RM200 bagi setiap pelajar itu disampaikan menerusi Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi dalam Program Back to School 2025 di Tunas Manja Group Mall, Kuantan pada Ahad lalu.
"Melihat wajah ceria anak-anak bersama ibu bapa, benar-benar menyentuh hati saya. Di sebalik gelak tawa dan senyuman mereka, terselit harapan besar untuk masa depan yang lebih baik.
"Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri sebelum ini telah meluluskan peruntukan sebanyak RM800 juta bagi inisiatif Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada semua pelajar sekolah di seluruh negara.
"Ini membuktikan bahawa Kerajaan MADANI amat menitikberatkan pendidikan dan mahu generasi hadapan tidak tercicir dalam bidang pendidikan," kata Farhan menerusi satu hantaran di laman Facebooknya.
Kerajaan MADANI telah mengagihkan BAP sebanyak RM150 untuk murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 bagi sesi persekolahan 2024/2025 pada 12 Jan lalu.
Manakala untuk pelajar Tingkatan 6 semester 2 dan murid Tahun 1 sesi persekolahan 2025/2026 pada 16 Februari ini. Untuk pelajar Tingkatan 6 baharu pula agihan BAP akan bermula 1 Julai ini.
Comments