top of page

27,537 warga emas di N Sembilan terima inisiatif tunai



Kerajaan Negeri Sembilan terus berusaha memastikan kebajikan rakyat terutama golongan warga emas di negeri itu terjamin.


Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, sepanjang tahun lalu sebanyak RM7.5 juta disediakan bagi menghargai golongan berkenaan dengan 37,537 warga emas di negeri itu menerima pemberian sekali beri bernilai RM200 setiap seorang menerusi inisiatif Keceriaan Warga Emas (IKWE).


"Saya boleh kata ini di antara inisiatif yang paling berjaya dan sumbangan kewangan ini diberikan bagi menghargai golongan warga emas.


"Justeru itu, bermula tahun ini (2025), sumbangan RM200 ini akan diserahkan kepada penerima semasa musim perayaan agama masing-masing.

"Kalau warga emas itu kaum Tionghua, maka sumbangan akan diberikan sebelum atau semasa musim perayaan Tahun Baru Cina dan sekiranya warga emas beragama Islam, sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri dan begitu juga bagi yang beragama Hindu, sebelum sambutan Deepavali.


"Adalah diharapkan dengan kaedah baru ini, ia akan memberi lebih keceriaan kepada golongan warga emas di Negeri Sembilan semasa menyambut perayaan masing-masing," katanya dipetik.


Aminuddin berkata begitu ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan EXCO di Wisma Negeri di Seremban pada Rabu.


Sementara itu tambahnya, bagi warga emas yang telah berdaftar pada tahun lalu dan yang telah menerima sumbangan kewangan RM200, tidak perlu membuat permohonan baharu untuk mendapatkan sumbangan pada tahun ini.


"Sumbangan ini akan diselaraskan Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mereka akan menghubungi setiap penerima terbabit," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page