top of page

220 individu terima sumbangan sempena Krismas, Tahun Baharu



Seramai 220 individu terdiri daripada 60 kanak-kanak dan 160 dewasa menerima sumbangan sempena Krismas dan sambutan Tahun Baharu.

Naib Ketua Cabang KEADILAN Bandar Tun Razak, Jonathan Vela menerusi satu kenyataan berkata, sumbangan itu berupa bakul makanan bernilai RM150 dengan setiap kanak-kanak diberi duit raya RM50.


"Ini program kali ke-10. Setiap tahun kita anjurkan program ini dan diharap tahun depan akan dapat beri bantuan yang lebih banyak kepada penduduk di sini.


"Bakul makanan itu boleh meringankan perbelanjaan mereka selama dua minggu khususnya sempena menyambut Krismas dan memasuki Tahun Baru," katanya dipetik.


Jonathan sementara itu menjelaskan, bantuan turut disumbangkan oleh Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin yang juga Ketua Cabang Keadilan Bandar Tun Razak.


Inisiatif yang diadakan itu jelasnya bagi memastikan semua penduduk Bandar Tun Razak khususnya daripada golongan B40 tidak tercicir daripada menerima bantuan.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page