top of page

2025: Tiba masa KEADILAN jadi Pengerusi PH Johor



Berbekalkan kecemerlangan prestasi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2022 lalu KEADILAN dianggap layak menjadi Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor.


Hal itu diungkapkan oleh Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Johor, Mohammad Salmin Mohamad.


Katanya, KEADILAN harus diberi giliran untuk mengetuai PH Johor selepas Bersatu dan AMANAH telah memegang jawatan berkenaan silih berganti sejak 2018 lalu.


"Sejak 2018, jawatan Pengerusi PH Johor telah disandang oleh pemimpin dari pelbagai parti rakan gabungan, termasuk Bersatu dan AMANAH. Kepimpinan terutama daripada AMANAH telah memberikan sumbangan besar kepada kestabilan dan pengukuhan PH di negeri ini.


"Namun, dengan pencapaian cemerlang KEADILAN, adalah wajar untuk mempertimbangkan peluang baharu bagi parti ini memimpin PH Johor dalam fasa seterusnya," kata beliau dalam satu kenyataan.


Tegas Salmin, KEADILAN perlu mengetuai PH Johor menjelang Pilihan Raya Negeri yang akan diadakan dalam tempoh tiga tahun lagi sementelah Pengerusi KEADILAN Johor yang juga Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh merupakan Ketua Whip Backbencher PH, dan beliau pemimpin yang memiliki pengalaman luas di peringkat nasional.


"Dengan rekod prestasi yang kukuh di Parlimen, beliau menunjukkan keupayaan untuk mengemudi cabaran politik dengan cemerlang.


"Kepimpinan beliau dijangka membawa penyatuan yang lebih kukuh dalam gabungan PH Johor serta membuka ruang kepada pendekatan baharu yang lebih dinamik.


"Dengan tempoh penggal ini berakhir pada tahun 2027 dan satu perhitungan bahawa PRU-16 semakin mendekat, Johor memerlukan kepimpinan yang strategik dan persiapan rapi untuk memastikan PH terus menjadi pilihan rakyat.


"Sebagai sebuah negeri strategik dengan pengundi yang pelbagai, pengukuhan organisasi dan hubungan dengan rakyat perlu bermula sekarang," katanya.


Menurut Salmin, pelantikan KEADILAN sebagai Pengerusi PH Johor merupakan langkah yang bukan sahaja logik berdasarkan prestasi tetapi juga penting untuk memastikan kesinambungan pengaruh PH di Johor.


"Langkah ini tidak bermaksud mengetepikan sumbangan parti-parti lain, tetapi ia adalah keputusan strategik untuk membawa PH ke tahap lebih tinggi.


"Kami percaya dengan semangat kebersamaan, gabungan ini mampu terus bergerak lebih jitu demi membawa perubahan positif kepada rakyat Johor," katanya.


Justeru, beliau selaku Timbalan Ketua AMK negeri Johor menyeru semua pihak dalam PH agar melihat cadangan tersebut sebagai peluang memperkukuhkan sinergi dan mempersiapkan Johor untuk cabaran PRN 2026 dan PRU 16.



"

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page