Tahun 2025 diharap akan memberi lebih banyak kejayaan buat negara Malaysia dan rakyatnya.
Hal itu diungkapkan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam catitan tahun baharunya.
"Terima kasih dan selamat tinggal 2024.
"Semoga 2025 mencatatkan lebih banyak kejayaan buat Malaysia. Insya-Allah," kata Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia itu di Facebook.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri R Ramanan berharap tahun baharu akan membuka lembaran baharu kepada keharmonian kaum di negara ini.
"Tahun ini membuka lembaran baru untuk Malaysia dengan harapan kesejahteraan, kemakmuran, dan kebahagiaan untuk semua lapisan masyarakat, termasuk komuniti India yang menjadi teras kemajmukan negara.
"Marilah kita bersatu hati, menolak perpecahan, dan melangkah bersama menuju Malaysia yang lebih sejahtera, makmur, dan harmoni," katanya yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia.
Comments