top of page

1MDB: Permohonan maaf bukan penyelesaian, tindakan tegas perlu diteruskan - AMK



Permohonan maaf oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung kecurangan kewangan membabitkan entiti pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bukanlah penyelesaian kepada segala galanya.


Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia berkata, permohonan maaf Najib itu lebih bersifat peribadi dan tidak menjejaskan proses undang undang ke atas bekas pemimpin nombor satu berkenaan sebagaimana kerisauan beberapa pihak sejak kelmarin.


"Merujuk kepada kenyataan bekas PM, Najib Razak, mengenai ‘keterlanjuran’ yang berlaku dalam kes 1MDB, AMK ingin menegaskan bahawa tindakan tegas berlandaskan prinsip undang-undang perlu diteruskan dan permohonan maaf ini tidak boleh menjadi pelindung bagi mana-mana pihak untuk mengelak daripada tanggungjawab yang lebih besar atas kecurangan yang telah dilakukan.


"Kepentingan awam dan keadilan untuk rakyat Malaysia tidak boleh dikompromi. Permohonan maaf semata tidak akan memulihkan kerugian yang telah dialami oleh rakyat Malaysia," kata kenyataan itu.


Kata AMK, kerajaan dan pihak berkuasa perlu memastikan tindakan tegas diteruskan dan semua yang terlibat dalam skandal tersebut, tanpa mengira status atau kedudukan, dibawa ke muka pengadilan.


Mereka yang terpaksa menghadapi kesan daripada skandal 1MDB, ujar kenyataan itu, tidak boleh diabaikan begitu sahaja.


"Kewajipan untuk memastikan ketelusan dan integriti dalam pentadbiran awam haruslah diutamakan agar kepercayaan rakyat kepada institusi kerajaan dapat dipulihkan.


"1MDB bukan sahaja mencemarkan nama baik negara, tetapi juga mengakibatkan kerugian besar kepada ekonomi dan kehidupan rakyat. Rakyat Malaysia berhak untuk melihat keadilan ditegakkan dan mengembalikan maruah negara," katanya.


Dalam kenyataan sama, AMK turut mengalu-alukan usaha merancakkan ekonomi oleh Kerajaan Madani dalam Belanjawan 2025 yang diumumkan oleh Perdana Menteri.


Usaha berkenaan, kata AMK, membuktikan komitmen Kerajaan untuk memulihkan ekonomi, memperkukuh kesejahteraan rakyat serta memperbaiki tatakelola pentadbiran awam secara menyeluruh.


"Kami berharap Malaysia akan terus bangkit dan menjadi penggerak ekonomi serantau di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri," kata kenyataan itu lagi.


Pada 24 Oktober lalu, dalam kenyataan yang dibacakan anaknya Datuk Mohamad Nizar Najib, bekas PM itu memohon maaf di atas kecurangan kewangan 1MDB ketika berada di bawah pengawasan beliau sebagai Menteri Kewangan dan Perdana Menteri pada wktu itu.


Dalam kenyataan itu, Najib menjelaskan, sepanjang tempoh menjalani hukuman penjara 26 bulan dan susulan pelbagai perkembangan signifikan berkaitan isu 1MDB, beliau terpanggil untuk membuat permohonan maaf tersebut.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page