top of page

174 premis terlibat Jualan Rahmah MADANI, tawar baju, alat tulis murah



Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terus melaksana pelbagai program dalam usahanya meringankan beban rakyat.


Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata sebanyak 174 pasar raya, pusat beli-belah dan kedai pakaian terlibat Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) Back To School 2025 bagi menawarkan kelengkapan persekolahan lebih murah.


"Pengguna boleh mendapatkan barangan kelengkapan persekolahan pada kadar diskaun antara 10 hingga 30 peratus, lebih murah berbanding harga pasaran semasa.


"Terdapat 45 sehingga 70 unit penyimpanan stok ditawarkan seperti pakaian seragam sekolah, kasut sekolah, beg sekolah dan kelengkapan alat tulis," katanya menerusi satu kenyataan.


Menurutnya, program tersebut bermula sejak 18 Januari sehingga 16 Februari ini iaitu sepanjang tempoh cuti persekolahan.


Setakat Sabtu, sebanyak 101 siri PJRM Back to School telah dilaksanakan daripada 243 jumlah keseluruhan yang disasarkan dalam tempoh pelaksanaan program ini.


"Sebagaimana diumumkan dalam Belanjawan 2025, peruntukan pelaksanaan program-program di bawah inisiatif Payung Rahmah ditingkatkan daripada RM200 juta kepada RM300 juta, iaitu penambahan RM100 juta berbanding tahun 2024.


"Kementerian terus memperkasa pelaksanaan program di bawah inisiatif ini termasuk penambahbaikan dan peluasan kaedah dan golongan sasar bagi PJRM sedia ada," tambahnya.


Sehubungan itu kenyataan tersebut memaklumkan, orang ramai boleh merujuk Takwim PJRM melalui pautan https://www.kpdn.gov.my/index.php/ms/jualan rahmah untuk mengetahui tarikh dan lokasi PJRM Back to School yang akan dianjurkan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page