top of page

16 salah laku syariah Kelantan dibatal kekal kesalahan dalam akta Persekutuan



Kenyataan menyimpang yang dimainkan pemimpin dan laskar siber pembangkang kononnya pembatalan 16 perutukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Syariah Jenayah (I) 2019 Kelantan (‘Enakmen 2019’) menyebabkan negeri itu terdedah kepada sesiapa yang melakukan salah laku, kerana tidak ada undang undang untuk mendakwa adalah pembohongan besar.


Menurut pakar Perlembagaan Persekutuan, Prof, Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz, pembatalan 16 peruntukan di bawah Enakmen 2019 itu berpunca daripada pertindahan enakmen tersebut dengan undang undang di peringkat Persekutuan.


Katanya, dengan terbatalnya 16 peruntukan itu maka sesiapa yang melakukan kesalahan akan terus didakwa di bawah undang undang sivil sedia ada.


"Mahkamah Syariah tidak lagi berbidang kuasa atas kes kes yang dinyatakan sebagai tidak berperlembagaan.


"Kesalahan tersebut, (di bawah) 16 (peruntukan) itu masih lagi menjadi undang undang negara kita. Yang mana pertuduhan atau pendakwaan boleh dilakukan menurut undang undang Persekutuan di mahkamah (sivil) pada peringkat Persekutuan," katanya dipetik.


Tegas Dr Shamrahayu, tiada siapa yang akan terlepas sekiranya melakukan kesalahan di bawah 16 perutukan yang dibatalkan. Undang undang sivil, katanya akan mengenakan dakwaan ke atas pelaku tanpa mengira kaum dan agama.


"Tidak benarlah kalau tohmahan kata orang Kelantan telah bebas melakukan kesalahan setelah dibatalkan (enakmen) tersebut.


"Mereka masih lagi tertakluk kepada undang undang atau akta yang dibuat parlimen


"Ini kerana undang undang dibuat parlimen itu adalah terpakai kepada semua pihak," katanya lagi.


Untuk rekod, sejak Jumaat lalu laskar siber pembangkang menggunakan hujah pembatalan 16 peruntukan dalam Enakmen 2019 sebagai satu malapetaka bagi undang undang syariah negeri, dan sesiapa yang ditahan terbabit salah laku tidak boleh lagi didakwa sebagaimana sebelum ini.




0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page