
Oleh: Akmal Manaf
Sebanyak 15 tawanan perang rakyat Palestin yang diterima untuk berada di negara ini belum sampai di Malaysia, maklum Datuk Fahmi Fadzil.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan telah memberi maklumat kepada Kabinet mengenai konteks perkara tersebut.
Katanya, ia adalah susulan kepada keputusan di peringkat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk menyokong usaha pendamaian dan gencatan senjata di Gaza.
''Semestinya aspek mengenai pergerakan, keberadaan mereka dan pemantauan yang ketat akan dilakukan oleh agensi keselamatan kita.
''Mereka juga akan dikenakan beberapa syarat tentang aktiviti mereka di negara ini,'' katanya dalam sidang media mingguan di Putrajaya hari ini.
Menjelaskan lebih lanjut, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, jumlah keseluruhan rakyat Palestin yang telah ditahan selama lebih 20 tahun di penjara-penjara di Israel, adalah sekitar 380 orang.
''Mereka (380 orang) itu dibebaskan tetapi tidak boleh berada di Palestin.
''Jadi sejumlah negara seperti Qatar dan Turkiye telah bersetuju untuk mengambil 100 rakyat Palestin tersebut, manakala Malaysia mengambil 15 orang,'' ujarnya lagi.
Semalam, Mohamad Hasan dilapor berkata, Malaysia sedia menerima 15 tawanan perang rakyat Palestin, antara syarat ditetapkan dalam perjanjian gencatan senjata di Gaza.
Katanya, sebagai negara yang mendukung perjuangan rakyat Palestin sejak sekian lama, Malaysia sedia menerima pejuang terbabit.
''Wisma Putra sedang berunding dan memperhalusi perkara ini dan akan menghantar pasukan untuk melihat mereka yang mahu dipilih datang ke sini, dalam masa terdekat,'' kata Mohamad.
Isu tahanan rakyat Palestin akan berada di Malaysia ditimbulkan oleh sesetengah pihak sejak kebelakangan ini berkaitan keselamatan dan sebagainya.
Namun kerajaan Malaysia dilaporkan akan menjamin dari segi keselematan dan isu isu berkaitan dengannya.
Якщо ви цікавитеся світом криптовалют, а також новинами криптовалют, то вам обов'язково потрібно використовувати новинний портал Delo.ua, котрий вже протягом довго проміжку часу робить неймовірні матеріали пов'язані зі світом крипти. Саме завдяки їх роботі та гарним статтям, я зміг більше дізнатися про криптовалюту, та загалом про всі важливі сфери діяльності. Але більше за все мене радує той факт, що я зміг дізнатися про спецпроєкт Криптошкола https://delo.ua/special/kriptoshkola/, котрий суцільно будується на крипті та розповідає про головні терміни, а також дозволяє дізнаватися про останні події зі світу криптовалют. Таким чином, я завжди знаходжуся в інформаційному просторі, що неаби як важливо з урахування волатильності крипти, та загалом нашого світу сьогодні. Дуже вам рекомендую цей новинний портал, такої якості та надійності ви мало де…