top of page

14 pengamal media terjejas banjir terima bantuan Kementerian Komunikasi



Kementerian Komunikasi menyerahkan bantuan Pasca Banjir Ihsan Komuniti Madani kepada 14 pengamal media terjejas bencana banjir di Terengganu baru-baru ini.


Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, bantuan kewangan RM1,000 untuk setiap mangsa itu sebagai tanda keprihatinan pihaknya kepada petugas media yang diuji sewaktu bencana tersebut baru-baru ini.


"Saya difahamkan walaupun terjejas banjir, mereka masih bertugas seperti biasa untuk menyalurkan maklumat kepada orang ramai dan ini sangat kita hargai," katanya dipetik selepas menyampaikan sumbangan itu di Kuala Terengganu pada Khamis.


Pengamal media terbabit merupakan sebahagian 109 mangsa yang terpilih menerima bantuan menerusi program Pasca Banjir Ihsan Komuniti Madani berkenaan.


Sementara itu, Fahmi memaklumkan sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan akibat banjir telah mula beroperasi semula.


Manakala 97 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh negara terkesan dengan bencana banjir dan daripada jumlah itu, 88 pusat telah kembali beroperasi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page