top of page

14 April 1999: Black April dan Membaranya Api Reformasi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 2 min read


Oleh: Sandy Zaliu


ULASAN: Empat belas April seribu sembilan ratus sembilan puluh sembilan bukan tarikh biasa. Ia bukan sekadar hari di mana mahkamah menjatuhkan hukuman penjara terhadap Anwar Ibrahim, tetapi hari di mana ribuan rakyat kehilangan keyakinan terhadap sistem keadilan yang mereka harapkan.


Hari itu, keputusan mahkamah bukan sahaja memenjara tubuh Anwar, tetapi cuba memenjara harapan rakyat. Ia menjadi simbol bahawa kuasa boleh menyusun naratif, dan sistem boleh tunduk kepada tekanan politik. Namun apa yang mereka tidak jangka ialah, Black April tidak melemahkan gerakan rakyat. Ia menyatukan.


Hari itu menjadi titik akhir kepada politik lama, dan permulaan kepada satu gelombang yang kini dikenali sebagai Reformasi.


Dari jalan raya ke surau, dari kampus ke desa, jeritan “Reformasi” tidak lagi milik satu tokoh. Ia menjadi milik rakyat biasa dari kalangan penjaja, pensyarah, pelajar dan petani. Apa yang lahir daripada Black April bukan dendam, tetapi tekad.


Apa kita belajar dari 14 April


Kita belajar bahawa sistem tanpa semak imbang akan memusnahkan diri sendiri.

Kita belajar bahawa keadilan tidak boleh menunggu kehendak kuasa.

Dan kita belajar bahawa kebenaran akan mencari jalannya walau terpenjara, terhina atau dikhianati.


Anwar dipukul, dipenjarakan dan dipersenda, tetapi pada hari rakyat menang, dia bangkit tanpa membawa dendam. Itulah keindahan perjuangan ini. Ia tidak dibina atas kebencian, tetapi atas cinta kepada keadilan.


Masihkah kita ingat detik keramat?


Dua puluh enam tahun telah berlalu. Ramai yang kini duduk dalam kekuasaan pernah berada di jalanan. Tetapi persoalannya, masihkah jiwa itu hidup? Atau ia telah digantikan dengan keselesaan pejabat dan rasa puas yang membutakan?


Black April bukan sekadar kenangan. Ia adalah peringatan. Bahawa bila kezaliman berlaku dan rakyat bangkit, sejarah akan tercipta. Sama ada sebagai kemenangan atau sebagai pengkhianatan.


Kita tidak boleh meremehkan makna luka itu. Ia bukan nostalgia. Ia warisan. Dan warisan ini hanya hidup jika generasi baru tahu mengapa air mata itu tumpah, dan kenapa reformasi tidak boleh dipermainkan.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page