top of page

10 van khas hantar pelajar sekolah terjejas kebakaran paip gas

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 1 min read


Kerajaan Negeri Selangor menyediakan 10 van transit atas permintaan (DRT) bagi membantu pelajar terjejas kebakaran paip gas di Putra Heights ke sekolah.


Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari berkata, inisiatif dengan kerjasama Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) itu melibatkan pelajar yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Putra Heights dan Dewan Camelia.


Langkah itu bagi memastikan pelajar terbabit tidak tercicir daripada mengikuti sesi persekolahan yang akan bermula hari ini.


"Kerajaan Negeri mengambil maklum cabaran logistik yang dihadapi keluarga mangsa, justeru sebanyak 10 van disediakan untuk membawa pelajar ke sekolah masing-masing secara berjadual," katanya dipetik ketika ditemui di Masjid Putra Heights pada Ahad.


Anfaal turut memaklumkan, pihaknya mengenal pasti seramai 196 pelajar pelbagai peringkat usia yang bersekolah di 34 sekolah di kawasan tersebut.


Sementara itu tambahnya, selain menyediakan bantuan makanan dan pakaian, kerajaan turut menyediakan sokongan emosi buat kanak-kanak yang ditempatkan di PPS menerusi aktiviti permainan berkonsep pendidikan


"Ia penting untuk mereka yang trauma susulan insiden ini. Ada kanak-kanak yang saya temui berkongsi amat gembira dengan aktiviti di sini hingga tidak mahu balik, ini perkembangan baik di PPS," tambahnya.

Yorumlar


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page