top of page

10 negara paling aman di dunia: Keselamatan konsep Madani berhasil




Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata konsep Malaysia Madani yang diperkenalkan pentadbirannya berjaya membuahkan hasil dari segi aspek keselamatan apabila Malaysia melonjak sembilan anak tangga di dalam Indeks Keamanan Global 2024 yang dikeluarkan pada bulan lalu.


Perdana Menteri berkata melalui indeks itu buat julung-julung kalinya negara ini tersenarai antara 10 negara terselamat di dunia.


"Trend itu juga diterjemahkan dengan penaiktarafan Malaysia ke "Tier 2" dalam Laporan Pemerdagangan Manusia 2024 dengan menyatakan kerajaan menunjukkan peningkatan secara keseluruhan dalam usaha menangani jenayah itu.


"Alhamdulillah, konsep Malaysia Madani berjaya membuahkan hasil dalam aspek keselamatan," kata Anwar dalam kenyataan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara hari ini.


Terdahulu Anwar yang juga Pengerusi MKN merasmikan Bulan Keselamatan Negara (BKN) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.


Laporan pada Jun lalu menyebut Malaysia naik sembilan anak tangga dalam Indeks Keamanan Global 2024 untuk menduduki tempat ke-10 sebagai antara negara paling aman di dunia.


Menurut GPI 2024 yang dikeluarkan oleh Institut Ekonomi dan Keamanan (IEP), keputusan itu adalah di tengah-tengah kemerosotan tahap purata keamanan global yang menyaksikan penurunan sebanyak 0.56% dan ini merupakan tahun kelima berturut-turut ia merosot.


Malaysia berada di kedudukan ke-19 dalam laporan GPI 2023.


Berbanding negara jiran, Singapura diletak sebagai negara kelima paling aman di dunia manakala Indonesia di tempat ke-48 diikuti Laos (49), Kemboja (70) dan Thailand (75).


Perdana Menteri berkata Indeks Keselamatan Kebangsaan (IKK) yang baharu sahaja diluncurkan beliau hari ini menunjukkan skor IKK bagi 2023 ialah 1.48 iaitu satu pencapaian yang amat membanggakan.


"Sebentar tadi juga, saya turut menyentuh mengenai kebajikan pasukan keselamatan yang sentiasa menjadi agenda penting Kerajaan. Mengambil kira keadaan daif kebanyakan fasiliti keselamatan sempadan di Utara Semenanjung, saya telah umumkan peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta bagi penambahbaikan fasiliti tersebut.


"Saya turut mengarahkan agar prosedur kerajaan yang terbabit dalam usaha penambahbaikan ini dipermudah dan dilonggarkan. Namun, ditegaskan bahawa pembelian aset-aset keselamatan mesti dibuat dengan cara yang lebih tersusun dan terencana agar tatakelola dan tadbir urus perolehannya berintegriti serta menjimatkan kos Kerajaan," kata beliau.


Mengenai Sidang Kemuncak Keselamatan Siber NACSA (NCSS) 2024 yang turut dirasmikan pada majlis itu, Anwar berkata ia bertepatan dengan landskap ancaman siber semakin berubah dengan drastik dan pelaku (threat actors) terus membangunkan teknik baharu untuk mengeksploitasi ruang kelemahan digital yang ada.


"Kerajaan tidak pernah alpa atau "menongkat dagu" semata-mata, sebaliknya kerajaan tegas mengambil semua pendekatan yang perlu bagi mengawal selia dan meningkatkan kecekapan agensi berkaitan keselamatan siber negara," katanya.


Laporan dari Pusat Pemantauan dan Kawalan Siber Nasional (NC4)) telah menguruskan sebanyak 3,232 insiden keselamatan siber pada tahun 2023, katanya.


"Meskipun menjaga keselamatan dan kedaulatan negara merupakan tugas kerajaan, penglibatan setiap warganegara amat kritikal untuk mewujudkan sinergi pengurusan keselamatan yang tersepadu.


"Ia juga berkait rapat dengan konsep Malaysia Madani yang saya gagaskan iaitu menekankan pembangunan negara secara holistik melalui kesepaduan rakyat, kestabilan ekonomi, hak asasi manusia dan keadilan sosial," ujarnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page