top of page

10 kes sehari: Jenayah buli siber tidak boleh dipandang ringan - Azman



Kes buli siber berdasarkan statistik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mencecah sehingga 10 kes sehari sejak 2022 lalu.


Menurut Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin, jenayah buli siber yang turut mendapat perhatian khusus Perdana Menteri (PM) itu tidak boleh lagi dipandang ringan oleh masyarakat.


Katanya, tindakan tegas harus dikenakan kepada penjenayah buli siber dan sesiapa sahaja yang membenarkan jenayah berkenaan berleluasa.


"Buli siber satu jenayah yang serius dan kita harus mengambil langkah tegas untuk menanganinya.


"Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia lebih sensitif dan berhati hati dalam penulisan di media sosial. Ingatlah bahawa kesopanan dan kesusilaan adalah sebahagian daripada Rukun Negara kita.


"Setiap kata kata yang kita lontarkan di alam maya mempunyai impak yang besar dan mampu mempengaruhi kehidupan orang lain secara positif atau sebaliknya.


"Kita tidak boleh memandang ringan kesan daripada jenayah bui siber. Kes kes yang berlarutan telah menyebabkan penderitaan emosi yang mendalam dan tragisnya sehingga ada yang kehilangan nyawa.


"Sesungguhnya kesihatan mental seseorang bukanlah perkara yang boleh dipandang enteng dan menjadi tanggungjawab kolektif kita sebagai masyarakat untuk menjadi peka serta proaktif dalam menangani gejala yang semakin berleluasa ini," katanya dalam satu kenyataan.


Selain itu, Azman turut mengingatkan agar anggota KEADILAN mengamalkan budaya politik matang dalam bermedia sosial dan tidak terikut ikut dengan rentak laskar siber pembangkang yang cenderung ke arah buli siber dalam berkomentar.


Kata Ketua Cabang KEADILAN Bandar Tun Razak itu, gaya bahasa kasar dan tidak beradap di media sosial hanya digunakan oleh tokoh politik lapuk, terdesak dan tidak wajar dicontohi oleh anggota atau penyokong KEADILAN.


"Dalam usaha kita mengendalikan media sosial dengan berhemah, marilah kita menghayati dan menerapkan nilai hormat yang menjadi salah satu teras penting dalam konsep Malaysia Madani yang diilhamkan oleh PM.


"Hormat menghormati adalah asas untuk membina masyarakat yang lebih harmoni dan bersatu padu," katanya.


Beliau yakin dengan sokongan padu lapisan masyarakat maka gejala buli siber mampu dihentikan dan ditukar dengan budaya politik yang positif dan membina.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page