top of page

10 hospital daerah bakal terima pakar kecemasan - Dr Dzulkefly

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 5 days ago
  • 1 min read


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menempatkan pakar perubatan kecemasan di 10 hospital tanpa pakar di seluruh negara menjelang Ogos ini.


Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, langkah tersebut akan dilaksana secara berperingkat dan merupakan sebahagian usaha pihaknya memperkukuh perkhidmatan rawatan kecemasan di hospital daerah.


"Salah satu daripada usaha dan hasrat saya adalah untuk meletakkan paling tidak dua pakar iaitu pakar trauma dan pakar perubatan am di hospital tanpa pakar.

"Malah, KKM telah memulakan usaha menempatkan pakar-pakar perubatan kecemasan ini di semua hospital termasuk yang tidak berpakar dalam mencapai sasaran sekurang-kurangnya seorang pakar perubatan kecemasan ditempatkan dalam tempoh tiga tahun," katanya dipetik.


Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Ramah Mesra Menteri Kesihatan bersama warga kerja kesihatan daerah Batang Padang di Hospital Tapah pada Khamis.


Antara hospital yang terlibat usaha itu ialah Hospital Tapah, Hospital Batu Gajah, Hospital Seri Iskandar, Hospital Sabak Bernam, Hospital Sungai Siput, Hospital Tumpat, Hospital Alor Gajah, Hospital Jasin dan Hospital Pasir Mas.


Sementara setakat ini jelasnya sebanyak 15 hospital daerah dan hospital tanpa pakar telah mempunyai pakar perubatan kecemasan bagi memberikan perkhidmatan kesihatan lebih baik kepada pesakit.


Ia antaranya Hospital Jitra, Hospital Kuala Nerang, Hospital Sik, Hospital Yan, Hospital Balik Pulau, Hospital Sungai Bakap, Hospital Kuala Kubu Baharu dan Hospital Limbang.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page