top of page

1 BestariNet: Siasatan SPRM bebas, berdasarkan laporan jawatankuasa PAC



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan siasatan terhadap inisiatif 1BestariNet yang dianugerahkan kepada YTL Communications Sdn Bhd (YTL) adalah bersifat telus, adil dan profesional tanpa campur tangan mana-mana pihak.


Suruhanjaya itu melalui satu kenyataan berkata, siasatan melibatkan beberapa dakwaan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa itu dimulakan berdasarkan maklumat diperoleh menerusi Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) dan Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).


"Hasil dua laporan ini mendedahkan terdapat beberapa kelemahan antaranya seperti aspek capaian liputan jalur lebar yang rendah, kelemahan teknologi infrastuktur, lokasi sekolah selain capaian jalur lebar yang tidak menyeluruh.


"Terdapat juga maklumat awam serta aduan daripada pihak tertentu mengenai projek ini yang gagal memberikan capaian jalur lebar dengan kelajuan sebagaimana dikehendaki dalam membantu proses pembelajaran di sekolah yang lebih efisein," kata kenyataan itu.


SPRM turut menegaskan, hasil dua laporan tersebut mendedahkan terdapat beberapa kelemahan berhubung inisiatif itu antaranya seperti aspek capaian liputan jalur lebar yang rendah, kelemahan teknologi infrastuktur, lokasi sekolah selain capaian jalur lebar yang tidak menyeluruh.


"Siasatan mendapati kerajaan perlu menanggung RM176 juta yang dituntut oleh syarikat berkenaan, selain kerugian sewaan pencawang telekomunikasi bagi tempoh 5 tahun sejak 2019 yang dianggarkan berjumlah RM10.8 juta.


"Tender perkhidmatan 1BestariNet ini pada asalnya dirancangkan untuk tempoh 15 tahun membabitkan jumlah RM4.07 bilion, namun dipendekkan kepada tujuh tahun enam bulan tanpa ada pengurangan dari segi nilai kontrak.


"Walaupun perkhidmatan yang diberikan tidak mencapai matlamat, difahamkan masih ada beberapa tuntutan yang dibuat oleh syarikat berkenaan kepada pihak kementerian terbabit yang memerlukan siasatan terperinci bagi mengesahkan perkara berkenaan," menurut kenyataan itu.


Melalui kenyataan sama SPRM menyeru orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan tersebut.


Walau bagaimanapun suruhanjaya itu menegaskan isu rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa tidak seharusnya dikompromi.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page