5 days ago1 min

Kerajaan perkenal indikator baharu ganti CPI ukur kos sara hidup

Oleh: Abdullah Zaid

Kerajaan dijangka memperkenalkan indikator baharu bagi mengukur tahap kos sara hidup rakyat dengan lebih tepat dan menyeluruh.

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Indeks Harga Pengguna (CPI) yang digunakan pakai ketika ini diakui memerlukan penambah baikkan bagi mengukur tahap sebenar kos sara hidup yang lebih terperinci.

"Indeks Harga Pengguna (CPI) bukan perfect dan negara sedang meneliti serta Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) sudah mengemukan pandangan untuk membuat indikator perubahan.

"Umpamanya ada keperluan di Kuala Lumpur tidak sama di Hulu Terengganu jadi indeks tersebut harus diubah, yang sedang dilakukan berdasarkan keputusan mesyuarat pada bulan Mac lalu iaitu menetapkan kos sara hidup yang selari dengan perkembang semasa," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Rasol Wahid (PN-Hulu Terengganu) program dan perkembangan terkini indikator baharu yang akan diperkenalkan.

Mengulas lanjut Perdana Menteri berkata, pendapatan garis kemiskinan (PLI) juga harus disemak semula kerana sebahagian garis pendapatan tersebut juga termasuk dalam kos sara hidup.

"Kita juga mengambil kira soal pengambilan nutrien diet negara termasuk makanan dan minuman, penginapan, air, elektrik, perumahan, pengangkutan dan perkhidmatan serta pendidikan yang umumnya tidak dimasukkan dalam CPI kebanyakan negara.

Jelasnya, indikator ini melibatkan 13 buah negeri tiga Wilayah Persekutuan termasuk 162 daerah pentadbiran menggunakan indikator Marginal Propensity to Consume (MCP) dan Pariti Kuasa Beli (PPP).

    1