Jun 191 min

Kerajaan kaji impak letak SPRM bawah kuasa Parlimen

Kerajaan akan meneliti impak susulan sekiranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diletak di bawah bidang kuasa Parlimen.

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar berkata, syarat-syarat ketat mengenai cadangan itu perlu diteliti terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang keputusan berhubung perkara berkenaan direalisasikan.

"Itu harus kita bincang kerana ahli politik ini kadang-kadang juga dipantau (SPRM).

"Jadi, kita kena teliti implikasi juga sebab ahli politik sekiranya diberi kuasa itu berada dalam radar SPRM, maka kita kena teliti syarat-syarat ketat (sebelum melaksanakannya)," katanya dipetik kepada pemberita ketika menghadiri satu program di Bukit Mertajam pada Selasa.

Sementara itu menurut Anwar, suruhanjaya itu walaupun ketika ini berada di bawah Jabatan Perdana Menteri, adalah menjadi tanggungjawab badan itu untuk menjalankan siasatan sekiranya terdapat salah laku tanpa mengira status seseorang.

"Sekarang ini yang penting siasat dan ada bukti yang nyata, dan dakwa. Itu yang penting, kemudian gunakan penghujahan teknikal, jangan lari daripada kenyataan.

"Saya tidak peduli, jangan reka, jangan aniaya, ada bukti jawab, ada fakta jawab, itu yang penting," katanya.

Terdahulu Anwar dalam ucapannya berkata, beliau tidak pernah melihat SPRM ‘garang’ seperti berlaku sekarang dalam mengambil tindakan terhadap mereka yang terpalit rasuah.

    1