4 days ago2 min

Iltizam Cikgu Joohari, tangani semua masalah Sg Bakap dilancar

Pembangkang PN menggambarkan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin sebagai kurang arif masalah DUN Sungai Bakap dan tidak mungkin memberi perkhidmatan yang baik sekira diundi pada 6 Julai ini.

Malam tadi Cikgu Joohari, anak jati Sungai Bakap membuktikan beliau mengetahui semua masalah di DUN berkenaan dan menawarkan kaedah penyelesaiannya.

Menurut Joohari, beliau yang telah pergi di semua daerah mengundi termasuk Padang Lalang, Puteri Gunung, Sungai Bakap, Sungai Duri, Sungai Kecil dan mengadakan dialog dengan penduduk setempat akan menyelesaikan masalah DUN Sungai Bakap melalui konsep "PADU".

Dr Joohari Ariffin

"Saya menyimpulkan masalah tersebut diselesaikan dengan konsep PADU.

"PADU merupakan kata akar bagi perpaduan. Jadi cantik sangat kalau kita sebut Sungai Bakap padu, Sungai Bakap hebat.

"'P' menunjukkan keprihatian saya berkenaan prasarana dan progresif. Orang cakap isu air, kesihatan, pendidikan, kesesakan jalan dan keselamatan.

"Sekiranya saya dipilih sebagai ADUN, isu ini akan lebih mudah diselesaikan. Saya memanfaatkan Kerajaan Negeri (Perpaduan) yang sama dengan kerajaan yang kita bentuk di Sungai Bakap

"Menyelesaikan isu air umpamanya melibatkan peringkat Persekutuan. Kita tak ada masalah, kita juga sealiran dengan kerajaan pusat.

"Kita akan selesaikan isu secara menyeluruh meliputi kakak kanak, dewasa hingga OKU," katanya dalam ceramah malam tadi.

Manakala 'A', ujar Cikgu Joohari merujuk akhlak, akademik dan anak muda. Katanya, beliau akan pastikan anak muda mempunyai pendidikan mencukupi di samping mempunyai akhlak serta watak yang baik.

'D' merujuk kepada damai dan Cikgu Joohari bertekad mewujudkan kemakmuran yang dikongsi bersama semua masyarakat di Sungai Bakap.

"'U' pula ingin saya bawa supaya pengundi Sungai Bakap faham konsep kita (wakil rakyat) untuk semua.

"Selagi dilantik wakil rakyat, kerja kita adalah untuk membantu rakyat. Itulah yang menjadi iltizam saya.

"Saya tak berikan janji (dalam pilihanraya) tetapi iltizam. Iaitu lebih hebat daripada janji, sungguh sungguh nak buat," katanya lagi.

    1