top of page

Aidilfitri, eratkan hubungan antara kaum - Fahmi



Menteri Komunikasi dan Digital Ahmad Fahmi Fadzil berkata Hari Raya Aidilfitri boleh menjadi platform untuk merapatkan hubungan antara kaum dengan berkunjung dan berziarah dalam masyarakat.


"Tentunya kita bergembira di hari mulia ini meraikan kejayaan kita umat Islam berpuasa dan beribadah di sepanjang Ramadan mulia.


"1 Syawal hari kemenangan kita raikan dengan bermaafan dan menghormati sesama kita demi mengeratkan perpaduan antara kaum. Suburkan amalan berziarah demi keharmonian negara," katanya pada perutusan khas Aidilfitri.


Beliau yang juga Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia mengucapkan selamat hari raya kepada seluruh umat Islam.


"Salam Aidilfitri buat seluruh umat Islam di Malaysia.


"Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf kepada semua sekiranya ada tersalah kata dan laku sama ada sengaja atau tidak. Maaf zahir dan batin," katanya.


Dalam pada itu, Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Datuk Ramanan Ramakhrisnan juga mengucapkan selamat hari raya.


"Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya warga Sungai Buloh.


"Kepada yang pulang ke kampung halaman, semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju," katanyan yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page